Mid semester break!
April 6, 2017 @ 1:05 PM
Dah lama tak update blog. Main blog aku dah tukar ke hiatus sebab aku tak ada idea nak update apa kat sana. Sebab in English so everytime aku nak bercerita kat sana asyik author's blog(?) Ataupun minat aku nak blogging in English dah pudar.

Memang ada cerita but when it comes to construct a word, it turns out to be blank on my mind. Run of ideas, you know? Tabah je la hati tu, wahai saudari 😢

Oh finally dah tiba. Kat kolej seminggu sebelum cuti pertengah semester memang aku menunggu dengan penuh kesabaran. Assignments dah menggunung, tutorial pun dua kali lima je la. Tutorials aku ada tiga yang masih tak siap lagi walaupun hari ni hari Khamis (cuti mid sem dah nak habis noooo) and assignments aku ada 7 tetapi yang dah siap cuma 3 je. Haih 😩

Aku rasa bulan April ni dikira sebagai bulan kegemilangan bagi anime fans. Mana taknya SnK season 2 dah keluar, Boruto the series dah keluar! Memang excited gila la tambahan aku pulak start cuti mid sem time awal bulan 4. Ya Allah, nikmatnya...

Bila dah kena balik kolej, agak sedih la sikit bagi aku sebab... terpaksalah tinggalkan katil dan bantal yang empuk, bilik yang selesa setiap malam tidur dengan air-cond, makanan yang sedap-sedap etc. Nak download anime pun terpaksalah hadap wifi kolej yang sentiasa lembap tapi laju je time semua tengah dibuai mimpi and waktu kuliah (paling best pukul 8-11 pagi la memang laju gila hoho) 😓

Al-kisah di kolej memang macam-macam berlaku. Biasalah, life full of drama. Dipalau oleh kawan dah biasa ah tu, dengki antara satu sama lain etc. Aku ketepikan semua negatif but what's the most important is keep studying and get a result with flying colours. Nak dean's list lagi okay 😊

Next week hari Selasa majlis anugerah dekan and aku terlibat sekali. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat. Insya-Allah aku akan lakukan yang terbaik untuk dapatkan ANC. Aamiinn.

«