asterismos
I won't hand you over to anyone anymore;
the amount of unforgivable love
Dah masuk tahun baru, azam pun ada yang baru (lol). Aku tak ada la azam baru untuk tahun ni, aku just nak capai azam lama aku yang dah beberapa tahun asyik gagal je buat. Okay, kemudian cakap pasal azam. Ini nak cakap pasal persiapan.

23/1- back to college, everyone. Setelah 3 bulan aku cuti semester dan tak kerja pun teramatlah bosan. Tapi aku ada la manfaatkan waktu cuti semester ni and semua benda aku nak buat sebelum aku balik ke kolej. Kalau dah balik ke kolej, tak ada masa nak buat semua benda yang aku nak buat. So better aku buat sampai puas.

One thing yang aku menunggu bila nak balik ke kolej ialah, deal dengan subject baru. Aku memang tak sabar nak belajar subjek baru; kalau rasa susah tu, kena pulun habis ah biar master subject tu. No, I won't give up easily. Tapi based on kakak and ayah aku cakap, subject untuk next semester aku quiet interesting. "Your new subjects seems interesting. I am sure you will enjoy it."

Roommates. Aku tak tahu la aku boleh pilih roommate ataupun pihak asrama akan tentukan. Sebab diorang tak update apa-apa pun. Aku pulak lupa nak tanya senior. Tapi yang pasti aku dapat tingkat bawah la atas faktor masalah kesihatan :p

Cukup la masa semester 1 aku stress dapat roommate yang otp 24/7. Even aku nak tidur pun tak dapat sebab diorang. Stress wei, pernah sekali aku menangis sebab tak tahan. Tegur? Aku tak berani nak tegur takut diorang kecil hati sebab kadang-kadang intonasi aku bila tegur sesuatu tu buat diorang kecil hati; padahal aku tak ada niat nak marah/jadi musuh pun.

No, ini pasal masa depan aku. Aku kena berani. Semua ni alasan je.

Assignment. Aku harap semester baru ni aku dapat pilih member yang boleh buat kerja. Cukup la semester sebelum ni aku dapat ahli yang memang lambat nak bergerak buat assignment. Bila suruh, baru nak buat. Then tengah kejar deadline, hasil kerja dah macam tak perfect. Of course, ada sorang dua orang tak buat kerja dengan alasan tak ada laptop/share laptop dengan ahli lain.

Share laptop? Buat ke kerja tu? Tak langsung. Yang terkejar-kejar buat, aku and ada 2-3 orang. Then, aku umpama 'pak sanggup' (mak?) sebab aku risau dengan deadline yang dah hampir and diorang sempat relax. Okay, benda dah lepas and ini sebagai pengajaran buat aku.

Tutorial/Quiz/Test. Sama jugak. Hopefully dapat markah tinggi, so carrymark aku pun cantik. Boleh focus kat final. Kalau dapat carrymark rendah, memang kena pulun kat final. Tapi aku tak nak la ada mindset macam tu. Aku nak dua-dua serious. Carrymark tinggi, final result bagus, GPA/CGPA pun cantik.

Carrymark. Aku target nak dapat carrymark tinggi. Attendance, tutorial, quiz, test, assignment. Cukup la semester sebelum ni, ada satu subject killer aku dapat markah rendah sebab slack kat test. Memang aku pulun habis-habis kat final sebab carrymark tu menghantui aku. Aku bagitau kakak aku pasal carrymark aku, dia pun macam 'relax la, kita pun dapat macam ni. Kena pulun kat final.' Alhamdulillah, dapat A pun. Hoho :p

What is your target for 2017?

**1) Dekan lagi.
Alhamdulillah, previous semester aku dapat dekan. Aku tak nak over-confident dalam study, takut meraung nanti kalau tak dapat. So... you should be serious, Nurin.

2) Say no to procrastination.
Be serious, Nurin. Apply reverse-procrastination into your daily life. It totally works for me. Aku apply kat kolej cara tu and memang rasa puas hati bila semua kerja dah siap, then boleh relax!


3) Biasakan dengan driving.
Aku baru pass JPJ and tengah menunggu untuk dapat lesen. Bila dapat lesen, terus ayah aku suruh aku bawak kereta. Nak biasakan diri dengan driving; tak nak simpan rasa takut and membazir je buat lesen.

**4) Diet. (Nak kurus, okay?)
To be honest, berat aku naik and it's kinda worry for me. BMI aku imbalanced. Waktu makan aku tak terurus and memang imbalance. So, what I should do is; apply 'my pyramid' for my meal. Cut down sugar. Drink a lot of plain water. Cardio exercise (walking, swimming etc.)

Agak susah la bagi aku bila dengar 'cut down sugar' sebab aku ni suka benda manis. Tak ada la selalu dapat tapi bila teringin tu, mula la. But, I'll try.
@